Monday, February 28, 2011


TAJUK  :

SEJARAH  DAN KEGIATAN MASJID
AR-RAHMAN
ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN


DISEDIAKAN UNTUK  :

USTAZ ABD AZIZ  BIN  HARJIN
PENSYARAH   CTU151
         
DISEDIAKAN  OLEH  :
NURUL SYAHIRA  BINTI  SHABUDIN
            NO MATRIX       :2010637086
            KUMPULAN      :ASD2FN

PROGRAM  :
DIPLOMA  SAINS


TARIKH  HANTAR  :
01.03.2011


ISI  KANDUNGAN


ABSTRAK

PENDAHULUAN

PENGERTIAN MASJID

SEJARAH PENUBUHAN MASJID

PERANAN MASJID

~CERAMAH PERDANA  SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
~MAJLIS KHATAM AL-QURAN
~SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
~MAJLIS BERBUKA PUASA
~IBADAT KORBAN
~MAJLIS TILAWAH AL QURAN

MASLAH MASJID DAN PENYELESAIANYA

CADANGAN

RUJUKAN


1.0    ABSTRAK

Masjid   adalah  rumah  Allah  dan  berpusatnya segala  kegiatan  ibadah  dan  kemasyarakatan dalam  Islam. Rumah  Allah ini hendaklah  dipenuhi oleh umat  Islam untuk  mendapatkan keampuanan dan keberkatan melalui  peribadatan  terhadapnya. Masjid  juga merupakan  tempat turunnya rahmat  Allah  kepada mereka  yang  beriktikaf  dan  beribadat di  dalamnya. Para  malaikat turun untuk memohon ampun bagi  mereka yang khusyuk dan tawaduk ( merendah diri  ) memohon keampunan dan keredhaan Allah S.W.T.

Di zaman Khulafak  Ai-Rasyidin  dan para sahabat masjid-masjid yang didirikan sebagai  tempat untuk melakukan pelbagai kegiatan selain untuk  sembahyang berjemaah seperti medan  mengadili  perbicaraan dan menyelesaikan ummah, mengajar ilmu Al-Quran, ceramah agama, tempat penghubung silaturrahim sesama umat Islam dalam menyelesaikan masalah agama dan perpaduan ummah dan lain-lain. Rumah Allah yang suci ini menjadi lambang  perpaduan dan keagungan umat Islam untuk  beribadah dan mengabdikan diri  kepada Allah.

Masjid  sebagai  rumah Allah yang  suci ini menjadi  tunjang kesucian agama Islam. Sebagai seorang  yang beragama Islam semestinya perlu menjaga dan memelihara  rumah Allah ini  dengan sebaiknya. Dalam sanubari umat Islam perlu ada rasa cinta dan sayang kepada rumah Allah ini, dengan adanya perasaan ini institusi ini akan berdiri teguh sebagai lambang keagungan syiar Islam.






1.1         PENDAHULUAN

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izin dan inayahnya,saya dapat menyiapkan kerja kursus mengenai “Sejarah Penubuhan dan Kegiatan Masjid di kampung saya”.Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah saya iatu Ustaz Aziz Harjin kerana banyak membantu dan memberi maklumat,sepanjang kerja kursus ini dijalankan.Terima kasih yang  tidak terhingga juga kepada kawan-kawan sekelas yang banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini.Tidak lupa juga kepada ahli kelurga saya,terutamanya ibu saya,Faudziah Binti Musa kerana banyak memberi  sokongan dan dorongan,terutamanya semasa dalam proses untuk mendapatkan maklumat mengenai sejarah penubuhan masjid di kampung saya.Turut saya tidak lupakan kepada ahli-ahli jawatankuasa masjid iatu Tuan Hj. Abdul Razak b.Hj Said,imam besar Al-Syakirin,Husin b. Abdul Rahman selaku bilal, Hj.Zakaria b. Abdul Rahman selaku siak dan serta warga kampung yang banyak membantu sepanjang kerja kursus ini dijalankan.


1.1         PENGERTIAN MASJID

Masjid secara bahasa,adalah tempat sujud.Manakala dari segi istilah,masjid adalah tempat yang digunakan untuk mendirikan solat berjemaah lima waktu.Ini berdasarkan sabda Nabi  Muhammad S.A.W yang berbunyi:


Maksudnya: “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud)”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Masjid  merupakan  rumah Allah tempat dimana manusia menyembahNya dan mengingat namaNya.Pengunjung di dalamnya adalah orang-orang yang memakmurkannya,dan merupakan sebaik-baik bidang tanah Allah di uka bumi ini.
Firman Allah Ta’ala :
Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah.” (QS.72:18).
Masjid merupakan  lambang  kesyumulan Islam, haruslah dijadikan sebagai sebuah pusat perkembangan dan pembangunan Islam, di mana segalanya bermula dan berkembang dimasjid. Selain dari itu masjid juga adalah sebagai tempat untuk melahirkan masyarakat berilmu dan bertaqwa kepada  Allah Taala dan Rasulnya, serta melahirkan insan yang berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

Institusi masjid sangat penting untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah serta mangawal penyelewengan aqidah, kurafat dan pemikiran yang menjejaskan kesucian Islam. Masjid juga haruslah dijadikan pusat tamaddun Islam, maka roh Islam  dizaman kegemilangan  dan keagungan Islam boleh dikembalikan dan dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi terkemudian.