Monday, February 28, 2011


MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT DAERAH PENDANG

Sesungguhnya apabila kita menyebut Al-Quran atau membuat sesuatu yang berkaitan dengan Al-Quran, bermakna kita telah melahirkan kecintaan terhadap agama Islam.  Ini kerana peraturan kehidupan umat Islam adalah berpandukan kepada ajaran yang terkandung di dalam Al quran.  Oleh itu sesiapa yang menghidupkan Al-Quran sama ada melalui pembacaan, penelitian dan kajian, penghayatan dan amalan, bermakna ia menegakkan ajaran Islam.  Ini kerana sebesar nikmat dan mukjizat peninggalan Baginda Nabi Muhamad S.A.W adalah Al-Quran.
  Demikian antara intipati kandungan ucapan Tuan Haji Din bin Adam, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pendang semasa ucapan perasmian pada Majlis Tilawah Al Quran Peringkat DaerahPendang yang telah diadakan pada 23 24Mei 2010.

 Majlis yang diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Al Syakirin  turut di hadiri oleh ahli jawatankuasa masjid serta pemimpin tempatan dan penduduk setempat.  Majlis turut di serikan dengan alunan lagu-lagu nasyid daripada kumpulan nasyid wanita Daerah Pendang dan kawasan tokai, pada permulaan dan penutup acara..

            Majlis kali ini telah menampilkan 7 orang peserta yang telah berjaya pada peringkat saringan sebelum peringkat akhir ini diadakan bagi Daerah Pendang iaitu 4 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan.Johan bagi ketegori lelaki dimenangi oleh Encik Ali Bin Mahmood manakala bagi peserta perempuan dimenangi oleh Pn. Asmiza Daud.Masing-masing mendapat sijil penghargaan dan senaskah Al Quran dan juga sejumlah wang bernilai RM 3000 ringgit.


No comments:

Post a Comment