Monday, February 28, 2011


1.5      MASALAH MASJID Al-SYAKIRIN DAN JALAN PENYELESAIAN


Masalah yang dihadapi di Masjid Al-Syakirin ialah masjid ini pernah dimasuki pencuri. Banyak peralatan masjid dicuri antaranya ialah pembesar suara, permaidani, dan tiang lampu.Tambahan pula,kawasan masjid berdekatan dengan kawasan perumahan yang majoririnya terdiri daripada penduduk kaum Cina,yang menyebabkan bunyi bising di kawasan tersebut. Selain itu, para musafir yang datang beristirehat di masjid itu turut mengotorkan tempat-tempat yang mereka duduk seperti membuang sampah di merata-rata tempat. Hal ini menyebabkan bau sampah itu tidak menyelesakan para jemaah yang hadir.
       

Oleh itu, pelbagai inisiatif diambil untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Bagi kes kecurian, pihak ahli jawatankuasa masjid telah mengupah beberapa orang pengawal keselamatan untuk menjaga keamanan di kawasan masjid itu. S
Oleh hal yang demikian, pencuri di kawasan itu tidak berani lagi untuk mencuri. Tambahan pula,mereka juga telah meletakkan papan tanda “JANGAN BISING di  depan pintu masuk kawasan masjid tersebut.Bagi kes membuang sampah di merata-rata tempat pula, banyak papan tanda telah dipasang di kawasan masjid itu seperti “JANGAN MEMBUANG SAMPAH DI KAWASAN INI”. Hal ini dapat member peringatan kepada orang ramai tentang kebersihan masjid. Oleh itu, masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan cara mudah.






No comments:

Post a Comment