Monday, February 28, 2011



1.6     CADANGAN

Cadangan saya untuk Masjid Al-Syakirin ialah, memperbanyakkan lagi kemudahan seperti mengadakan kenduri kahwin, membuat catering bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Selain itu, dari segi dakwah pula ialah, menjemput para penceramah yang lebih arif seperti jemputan imam dari Mekah bagi menyampaikan ilmu tentang agama dengan lebih mendalam lagi.Saya berharap  agar masjid ini dapat mengadakan lagi pelbagai aktiviti dan program berunsur keagamaan kepada penduduk setempat.Antaranya contohnya ialah mengadakan program ceramah perdana,dengan menjemput ahli-ahli panel terkenal seperti Ustazah Nor Bahyah,Ustaz Wan Aqashah dan sebagainya.Selain itu,saya juga ingin mencadangkan agar masjid ini dapat mengadakan kursus haji secara perdana di masjid tersebut.Ini memudahkan penduduk untuk mendapatkan kursus haji tanpa perlu pergi ke masjid di kawasan lain.Tambahan lagi,saya juga turut ingin mencadangkan supaya pihak masjid dapat menjalankan kelas fardu ain selain daripada kelas mengaji al quran.Selain kanak-kanak,orang dewasa jugak turut berpeluang untuk mendapatkan ilmu agama.

No comments:

Post a Comment