Monday, February 28, 2011


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG DI BULAN RAMADHAN.



Kedatangan Ramadhan merupakan satu bulan yang amat dinanti-nantikan oleh mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah. Pada bulan ini segala amalan baik akan dilipatgandakan dan seterusnya memberi peluang untuk kita beramal sebanyak mungkin.  Antara perkara yang dianjurkan oleh Islam dan menjadi amalan dengan kedatangan Ramadhan ini ialah majlis berbuka puasa.

Dalam hal ini, pihak jawatankuasa masjid turut tidak ketinggalan  menganjurkan majlis berbuka puasa di masjid dan surau di kampung-kampung. Majlis ini adalah salah satu daripada Program Ihya’ Ramadhan yang dirancang khusus bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara majlis jawatankuasa masjid dan jugak penduduk kampung.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung.Selepas berbuka berbuka bersama-sama,mereka solat secara berjemaah dan melaksanakan qiyamulail secara berjemaah.Selain daripada berbuka secara beramai-ramai,ahli jawatankuasa masjid juga mengadakan program tadarus Al-Quran peringkat masjid.Ini merupakan satu lagi program yang bermanfaat yang dijalankan oleh pihak masjid.program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.Selain itu,pihak masjid juga turut mengadakan aktiviti Qiyamullail pada bulan puasa.


No comments:

Post a Comment