Monday, February 28, 2011


1.4 PERANAN MASJID


CERAMAH PERDANA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H
DI MASJID AL- SYAKIRIN


Sambutan Maulidur Rasul sangat besar ertinya dalam kita menghayati dan merenung betapa besar jasa dan pengorbanan Rasulullah S.A.W menegakkan kalimah Tauhid serta menyampaikan amanahNya.
                                  
Lahirnya Baginda membawa rahmat untuk sekelian alam dan menjadi contoh teladan kepada seluruh umat manusia.  Baginda adalah guru tempat kita merujuk kerana pada diri Baginda terdapat banyak contoh nilai-nilai budi pekerti yang mulia.  Sifat-sifat demikian wajiblah menjadi ikutan agar kesucian dan kemuliaan Agama Islam akan terus terpelihara.

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1431H Perigkat Daerah Pendang pada 15 Februari 2011 satu ceramah perdana telah diadakan bertempat di Masjid Al Syakirin.  Ceramah yang bertajuk “Teladani Personaliti Nabi Muhammad S.A.W” ini telah dikupas oleh penceramah terkenal Negeri Kedah iatu Ustaz Roslan Bin Che Ros.

Antara lain, beliau mengajak semua lapisan masyarakat agar menjadikan sambutan ini sebagai satu titik permulaan bagi mencetuskan semula kegemilangan umat Islam di seluruh dunia.  Sesungguhnya pada diri Rasulullah S.A.W itu terdapat contoh dan teladan yang sempurna yang harus dijadikan contoh untuk menjadi insan yang baik dan di hormati.  Rasulullh S.A.W juga merupakan model terbaik dalam semua aspek kehidupan dunia mahupun akhirat.

Ceramah ini telah dihadiri kira-kira 500 orang terdiri daripada penduduk kawan Tokai di Daerah Pendang.  Turut hadir Adun kawasan Tokai,iatu Tuan Haji Taulan Bin Rasul.


http://3.bp.blogspot.com/_vuMbBN03gko/TMA9fhG98QI/AAAAAAAAAAw/J5E-CU8s908/s400/DSC_6175.JPG


No comments:

Post a Comment