Monday, February 28, 2011


IBADAT KORBAN MENGINGATKAN UMAT ISLAM ERTI  PENGORBANAN.


Bulan Zulhijjah merupakan bulan di mana umat Islam di seluruh dunia berkumpul di tanah suci Mekah.  Sebagai hamba yang yang mematuhi dan menuruti perintah Allah s.w.t Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan mengorbankan anaknya Ismail lalu digantikan dengan seekor kibas.  Peristiwa itu merupakan satu pengajaran dan sunat muakkad kepada seluruh umat Islam supaya bersedekah sebahagian daripada harta mereka untuk fakir miskin.

Pada tahun lepas,Masjid Al-Syakirin telah mengadakan ibadah korban.  Sebanyak 5 ekor lembu dikorbankan mengikut bahagian masing-masing.  Penyembelehan ini dilakukan selepas sembahyang sunat Aidil Adha di pekarangan masjid.Adun kawasan telah menyaksikan penyembelehan korban bersama-sama jawatankuasa masjid. Daging-daging penyembelihan dibahagi-bahagikan kepada penduduk  setempat.Ibadah korban bukan sahaja merupakan satu aktiviti yang mulia,namun ianya juga dapat mengeratkan hubungan sillaturahim dalam kalangan penduduk setempat.Selepas itu,sedikit jamuan ringan telah diadakan di kawasan masjid,dan semua penduduk kawasan Tokai dijemput setelah penat bergotong royong untuk mengagihkan bahagian-bahagian darging korban.







No comments:

Post a Comment