Monday, February 28, 2011


1.1         SEJARAH PENUBUHAN MASJID AL-SYAKIRIN


                                        PENUBUHAN MASJID

MASJID AL-SYAKIRIN


Masjid ini di buka pada 16 Januari 2010 dan dibina dengan kos sebanyak RM1.2 juta.  Pembinaan masjid ini bertujuan bagi menegakkan syiar Islam dan menjadi symbol perpaduan ummah bagi penduduk kawasan Tokai,Daerah Pendang. Masjid ini telah dirasmikan oleh adun kawasan Tokai ,iatu Tuan Haji Taulan        Bin Rasul. Secara tidak langsung,  masjid ini  telah dijadikan masjid (jumaat) bagi mukim kawasan Tokai.Keluasan masjid ini ialah 2.7 hektar.
Selain lokasi masjid yang tersergam indah di kawasan tanah rata,kombinasi warna kuning dan putih pada bangunan masjid menyerlahkan lagi pemandangan masjid yang dapat dilihat dari jarak jauh.Masjid ini dibangunkan berhadapan dengan jalan besar.
Dianggarkan seramai 2000 orang jemaah dapat bersembahyang dalam satu masa. Bahagian atas ialah ruang solat dan bahagian bawah dijadikan tempat ceramah/ kursus/ kelas fardhu ain dan ruang makan.
Seramai 9 orang ahli jawatankuasa masjid dilantik sebagaimana berikut:-
1         Tuan Hj. Abdul Rahman B. Hj. Said               - Imam Besar
2         Haji Ramli Hj. Ali                                             - Bilal
3         Haji  Abdul Rahim                                           - Siak
4          Y.Bhg. Dato’ Haji Alwi bin Said                      - Pengerusi
5         Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad      - Setiausaha
6         Encik Abdul Halim bin Yusof                          - Bendahari
7         Encik Mohamad bin Yaacob                          - Pemeriksa Kira-kira
8          Tuan Haji Ahdul Latif bin Mohd Yusof            -  Ahli Jawatankuasa
9        Tuan Haji Rozali  bin Dahuri                           -  Ahli Jawatankuasa


No comments:

Post a Comment